Detasemen Khusus 88

Detasemen Khusus 88 atau singkatanya Densus 88 adalah pasukan polis khas dalam Kepolisian Negara Republik Indonesia untuk menentang keganasan di Indonesia. Pasukan Densus 88 ini dilatih secara khusus untuk menangani segala ancaman pengganas, termasuk serangan bom.Pasukan ini dianggarkan berkeanggotaan seramai 400 orang pegawai dan anggota ini memiliki pelbagai kepakaran, seperti pakar risikan, pakar pemusnah bom dan pelbagai kepakaran yang diiktiraf.